Tadabbur Centre
Organizer

+60182754617

No 1, Jalan Avens 2, Avens Residence @ Southville City 43800 Bangi, Selangor, Malaysia

Reviews
0.0/5
0 review
5 star
4 star
3 star
2 star
1 star
About Us

Tadabbur disebut di dalam al-Quran sebanyak 4 kali, dan kesemuanya merujuk kepada matlamat yang perlu dicapai bagi seseorang yang berinteraksi dengan Kitab Allah.

Tadabbur adalah sesuatu yang dirasai di dalam hati selepas seseorang memahami maksud tersurat di sebalik setiap ayat dengan berpandukan penjelasan tafsir dari para ulama.

Tadabbur adalah proses menunaikan hak ayat Allah tersebut iaitulah menghayati sedalam-dalamnya makna sebenar setiap ayat seolah-olah ayat berkenaan baru sahaja diturunkan, disasarkan pula penurunannya kepada pembaca dan penurunan itu berlaku disebabkan permasalahan semasa yang baru sahaja kita hadapi, yang kita kebuntuan mencari dimanakah solusinya.

Menyediakan Pusat Pembelajaran kepada masyarakat Malaysia mengikuti kelas tafsir & tadabbur secara percuma & atas talian yang tidak memerlukan komitmen kehadiran serta pengajian intensif Tafsir & Bahasa Arab untuk mereka yang berkemahuan & berkemampuan

Menjadi Pusat Latihan yang melatih graduan pengajian Tafsir & Ilmu Wahyu untuk menjadi pemidato kemukjizatan al-Quran yang efektif kepada masyarakat

Menjadi Pusat Sumber yang menyediakan kitab-kitab tafsir muktabar, klasik & moden, serta kajian-kajian akademik yang semasa mengenai al-Quran serta menguhubungkan antara masyarakat Malaysia dengan ulama tafsir sedunia

Our Events (0)