Untuk menghilangkan kebimbangan dan keresahan, Nabi Muhammad (ﷺ) telah mengajarkan kita doa yang mustajab dan boleh diamalkan setiap hari untuk melindungi kita daripada terjerumus ke dalam kesedihan dan kegelisahan yang kita cipta sendiri.
Doa Pelindung dari Sifat-sifat Negatif

Pernah kah anda mendapati diri anda mengelamun tentang masa lalu yang menyakitkan dan perkara itu terus bermain di fikiran anda?
Atau anda terlalu memikirkan masa depan yang tidak pasti?
Kadang-kadang kita terlalu leka dengan masa lalu dan masa depan kita sehingga kita terlepas masa sekarang.
Untuk menghilangkan kebimbangan dan keresahan, Nabi Muhammad (ﷺ) telah mengajarkan kita doa yang mustajab dan boleh diamalkan setiap hari untuk melindungi kita daripada terjerumus ke dalam kesedihan dan kegelisahan yang kita cipta sendiri.
Belajar dan baca doa ini dengan kefahaman dan keyakinan bahawa Allah (ﷻ) akan membantu anda mencari ketenangan, mengetahui bahawa Dialah yang mengawal, bukan anda.
Satu-satunya perkara yang anda boleh kawal adalah keputusan anda dan cara anda bertindak balas terhadap situasi.
Fokus pada apa yang ada sekarang & tumpukan seluruh tenaga & ihsan kepadanya.
Nak lebih banyak doa daripada Al-Qur’an & Sunnah? Jangan lupa muat turun QalbyApp sekarang :)
Ira Syatira