Bismillah.

Wahai Tuhan, ampunkan kami atas setiap kealpaan , kelalaian serta dosa-dosa kami.

Engkau Yang Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar.

Bantu kami untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia ini.

Bantu kami untuk menguruskan jiwa mengikut Petunjuk-Mu

Kami alpa,kami tewas, kami gagal.

Namun Wahai Tuhan jangan tinggalkan kami.

Bantu kami Wahai Tuhan untuk istiqamah di atas jalan kebenaran.

Jalan keimanan, jalan orang-orang beriman dan orang-orang yang bertaqwa.

 

Tinggalkanlah perbuatan-perbuatan yang melalaikan dari mengikut Petunjuk.

Jangan mendekati perbuatan-perbuatan ini

Tiada sebarang kebaikan yang diperolehi atas perbuatan sia-sia ini

Ingat, syaitan ingin menjatuhkan kamu ke lembah yang hina

Sehingga tersasar daripada jalan kebenaran.

Tinggalkanlah perbuatan sia-sia yang kecil mahupun yang besar

Kerana setiap masa adalah sangat berharga

 

Demi masa

Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian

Kecuali orang-orang yang beriman dan orang-orang mengerjakan amal soleh 

Serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran


 

Wahai Tuhan,

Ampun kami kerana rendahnya nilai syukur kami

Kami kurang bersyukur atas nikmat masa

Nikmat yang sering disia-siakan

Ingat, satu saat yang telah berlalu tidak dapat diperolehi semula

 

Tinggalkanlah 

Aktiviti-aktiviti yang melemahkan iman

Yang meningkatkan syahwat

Yang melupakan Tuhan

 

Ingat,

Penglihatan, pendengaran akan dipertanggungjawabkan

Setiap sesuatu akan dinilai oleh Tuhan.

 

Maka, wahai teman

Hargai setiap kesempatan untuk kita terus memperbaiki diri

Mengurus jiwa dengan keimanan

Kesempatan masa digunakan untuk terus di dalam kebaikan.

Kerana kita tidak tahu sehingga setakat mana umur kita.

 

Tinggalkanlah

Sifat- sifat mazmumah di dalam diri.

Samada yang kecil atau besar


 

Tinggalkanlah

Fikiran-fikiran negatif

Yang penuh dengan prasangka dan dosa

Ingatlah bahawa Tuhan sentiasa bersama

Tatkala kita sendiri atau di khalayak ramai

Mengetahui apa yang dilakukan.

 

Maka, tinggalkanlah segala yang negatif

Ini kerana Tuhanmu

Moga-moga membawa keberkahan di dalam kehidupan.

 

Maka

Teruskanlah bersangka baik dengan Tuhan

Kerana setiap yang berlaku ada hikmahNya

 

InshaAllah dengan tinggalkan segala yang sia-sia ini

Hidupmu penuh dengan pedoman

Penuh dengan keberkahan

Penuh dengan harapan

Penuh dengan sinar-sinar kejayaan.

 

Maka,

Teruskanlah untuk membuat pilihan-pilihan yang menghampiri kebenaran

Iaitu dengan meninggalkan segala yang sia-sia

Kerana hidup ini amat bermakna untuk dipersia-siakan

 

Oleh itu

Terus berjuang untuk memperbaiki diri

Istiqamah di jalan keimanan dan ketaqwaan

Dengan meninggalkan dosa-dosa

Serta perkara yang sia-sia 

Serta tiada manfaatnya

 

Ingat,

Setiap saat adalah peluang 

Untuk terus membuat pilihan-pilihan yang membahagiakan

Yang menepati petunjuk Al-Qur’an

Maka, bermulalah dengan pilihan-pilihan yang kecil

Sehingga pilihan-pilihan yang besar

 

Maka,

Wahai teman mari bersama

Untuk berjuang

Meninggalkan sesuatu yang sia-sia

Menuju sesuatu yang bermakna

Jika kita pernah tewas

Maka bangkitlah berjuang

Jangan biarkan syaitan durjana menguasai diri

 

Kita makhluk terbaik ciptaan Tuhan

Maka, mari terus berjuang

Melawan nafsu yang tidak pernah puas

Mari kembali kepada kebenaran

Dengan meneruskan memahami Al-Qur’an

 

Panduan sepanjang zaman

Petunjuk bagi setiap insan

Yang mengeluarkan kita dari kegelapan

Kepada cahaya.

 

Maka

Syukurilah wahai teman nikmat terindah ini

Petunjuk Al-Qur’an

Yang tidak akan meninggalkan kita sendirian

Yang sentiasa memberi harapan

 

Moga-moga Tuhan terus bersama kita

Kerana kita tinggalkan sesuatu yang menjadi

Kemurkaan Tuhan