Bismillah.

Wanita dirimu begitu berharga apabila Al-Qur’an dijadikan petunjuk di dalam menjalani kehidupan.

Ketika dirimu mengenal siapa Allah dan memposisikan dirimu sebagai hamba kepada Allah.

Bukankah gelaran paling mulia adalah menjadi hamba kepada Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Isra : Ayat 1. 

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ (١)

1.  Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ma shaa Allah, Rasul diangkat ke tempat terbaik dan Allah menggelar Rasul sebagai hamba.

Maka, bukankah kita harus merasakan syukur dan mulia jika dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Hamba Allah?

Dengan melalui proses mempelajari KalamNya supaya kita dapat memahami seterusnya mengikuti setiap seruan Allah.

Wanita dirimu begitu berharga bukan kerana paras rupa, pangkat, atau kekayaan.

Disisi Allah, kamu adalah berharga dan mulia jika dapat menjadi hamba yang taat yang menyerahkan diri kepada Allah.

Contohilah peribadi Maryam A.S yang sentiasa di dalam ketaatan , yang mencintai Allah, yang sentiasa merindukan melakukan pengabdian.

Nama yang diabdikan di dalam satu surah di dalam Al-Qur’an iaitu Surah Maryam. Ma shaa Allah begitu istimewanya wanita ini yang harus dijadikan teladan dan pedoman.

Allah berfirman di dalam Surah Al Imran : Ayat 42

وَإِذۡ قَالَتِ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ يَـٰمَرۡيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَٮٰكِ وَطَهَّرَكِ وَٱصۡطَفَٮٰكِ عَلَىٰ نِسَآءِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٤٢)

42.  Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

Ma shaa Allah, apakah karakter Maryam A.S yang perlu kita contohi. Allah berfirman di dalam Surah Al Imran : Ayat 43

يَـٰمَرۡيَمُ ٱقۡنُتِى لِرَبِّكِ وَٱسۡجُدِى وَٱرۡكَعِى مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ (٤٣)

43.  "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".

Ketaatan kepada Tuhan merupakan indikator dimuliakan Allah.  Maryam A.S juga sentiasa memohon perlindungan dari Allah .Peristiwa ini dirakamkan di dalam Surah Al Imran : Ayat 16-18

ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٦) ٱلصَّـٰبِرِينَ وَٱلصَّـٰدِقِينَ وَٱلۡقَـٰنِتِينَ وَٱلۡمُنفِقِينَ وَٱلۡمُسۡتَغۡفِرِينَ بِٱلۡأَسۡحَارِ (١٧) شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ (١٨)

16.  Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah Timur.

17.  Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

18.  Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

Maka, ayuh kita menjadi hamba yang sentiasa memohon perlindungan dari Allah dalam setiap kesempatan dan situasi.

Menjaga kehormatan dan maruah diri kerana Allah.

Mempelajari Al-Qur’an untuk memohon petunjuk dan bimbingan dari Allah.

Meyakini bahawa disisi Allah, orang yang paling mulia adalah orang bertaqwa. Allah berfirman di dalam Surah Al Hujurat : Ayat 13.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣)

13.  Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Maryam A.S mengajar kami erti ketaatan kepada Allah.

Menjaga kesucian diri dan maruah diri kerana Allah.

Menjadi hamba yang mencintai pengabdian diri.

Peribadi yang mulia yang hidup mengikut petunjuk wahyu.

Wahai wanita, ayuh kita muhasabah diri sejauh mana hubungan kita dengan Allah?

Hubungan kita dengan Al-Qur’an?

Sejauh mana kita benar-benar berusaha untuk meningkatkan keimanan dalam rangka pengabdian kepada Allah?

Wanita, dirimu begitu berharga dengan keimanan dan ketaqwaan.

Ayuh kita sama-sama berusaha mempelajari kalam Tuhan dengan penuh kesungguhan.

Moga-moga rahmat Allah sentiasa bersama kita di sepanjang perjalanan.

Menjalani kehidupan di dunia ini dengan perspektif iman.

Menjadi agen penggerak perubahan atas dasar keimanan bermula dari rumah.

Maka, jangan resah jika dirimu ditolak manusia, jika Allah sering bersamaMu.

Jangan gundah jika kamu kekurangan materi, jika di dalam hatiMu ada Allah.

Ingat, Allah sentiasa bersamaMu. Allah berfirman di dalam Surah Al Hadid : Ayat 4.

 

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَا‌ۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬ (٤)

4.  Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.