Kamu adalah insan terbaik ciptaan Allah.
Maka, sayangilah diri dan berilah yang terbaik untuk diri.
Surah At Tin : Ayat 4
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ [التين: 4]
Sesungguhnya kami menciptakan manusia sebaik-baik kejadian
Sebaik-baik kejadian merangkumi level fizikal, intelektual, emosi, spiritual.
Fizikal meliputi tubuh badan, pancaindera, kesihatan.
Intelektual melibatkan fikiran serta ilmu pengetahuan.
Emosi melibatkan perasaan.
Spiritual melibatkan qalbu dan hati.
Sayangi diri dengan mengikuti petunjuk Al-Qur’an.
Kitab yang tiada keraguan di dalamnya petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
Al-Qur’an sebagai pembeza antara kebenaran dan kebathilan.
Al-Qur’an sebagai berita gembira bagi orang beriman.
Surah Yunus: Ayat 57-58
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ [يونس: 57]
«Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman»
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ [يونس: 58]
Katakanlah "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)"»
Al-Qur’an yang memberi kekuatan kepada setiap insan di dalam melalui hari-hari di dalam kehidupan.
Al-Qur’an sebagai sumber hikmah.
Pembuktian utama kita menyayangi diri adalah dengan menjadi hamba kepada Allah dan bukannya yang lain.
Menyahut seruan Allah di dalam Al-Qur’an.
Meyakini bahawa setiap janji-janji Allah di dalam Al-Qur’an adalah benar.
Meyakini bahawa Allah sentiasa bersama kita di setiap saat.
Meyakini bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya disisi Allah.
Tiada perkara yang berlaku sia-sia
Meyakini bahawa nilai disisi Allah adalah berbeza dengan nilai disisi manusia.
Disisi Allah nilai Taqwa adalah yang utama dan bukannya yang lain.
Pengkelasan disisi Allah berdasarkan keimanan dan amal soleh serta bukannya indikator lain.
Sayangi diri dengan berbuat sesuatu mengikut seruan Allah di dalam Al-Qur’an dan bukannya yang lain.
Sayangi diri dengan membangunkan deen Allah di dalam kehidupan.
Menyebarkan kasih sayang sesama insan kerana memaknai nama Allah Ar Rahman dan Ar Rahim.
Keadilan sejagat diutamakan di dalam kehidupan.
Kesejahteraan di dalam perhubungan diutamakan.
Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran di dalam kehidupan.
Itulah kebenaran disisi Allah.
Setiap insan adalah signifikan di dalam Al-Qur’an.
Surah Al Isra: Ayat 70
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا [الإسراء: 70]
Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak cucu Adam dan kami angkut mereka di daratan dan lautan, dan kami berikan mereka rezeki yang baik-baik dan kami lebihkan mereka diatas kebanyakan makhluk yang kami ciptakan dengan sempurna
Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang sentiasa bertaubat kepada Allah.
Kegagalan itu seharusnya memotivasikan untuk memberi yang terbaik.
Untuk melakukan perubahan serta pembaikan diri.
Sayangi diri dengan memberi manfaat kepada yang lain.
Individu yang bermanfat kepada yang lain dirahmati Allah.
Bukankah balasan kebaikan itu adalah kebaikan?
Bukankah setiap zarah disisi Allah itu berat nilainya?
Bukankah keberadaan kita di muka bumi ini ada tujuannya?
Maka, sayangi diri dengan memberi yang terbaik kepada yang lain.
Berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan kerana menyahut seruan di dalam Al-Qur’an.
Sayangi diri dengan menjaga anugerah fizikal dan kesihatan yang Allah beri dengan sebaik-baiknya.
Memberikan makanan yang terbaik serta yang sihat untuk kesihatan badan.
Membuat pilihan-pilihan yang bermanfaat untuk kesihatan diri di jangka panjang.
Sayangi diri dengan menjaga akal yang Allah anugerahkan.
Menggunakan akal untuk berfikir serta mencari kebenaran.
Memaksimumkan potensi akal untuk kebenaran.
Fikiran-fikiran yang diuruskan mengikut panduan Al-Qur’an.
Sayangi diri dengan meyakini bahawa dirimu istimewa disisi Allah jika menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk kehidupan.
Emosi diuruskan mengikut petunjuk.
Meyakini bahawa Allah yang bersifat Ar Rahman dan Ar Raheem ini amat menyayangi hamba-hambaNya.
Tanda kasih-sayang Allah kepada hamba-hambaNya dengan menurunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk di dalam kehidupan.
Surah Ar Rahman: Ayat 1-2
الرَّحْمَنُ [الرحمن: 1]
عَلَّمَ الْقُرْآنَ [الرحمن: 2]
Ar Rahman
Yang mengajarkan Al-Qur'an.
Sayangi diri dengan memaknai bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kamu sendirian.
Allah memberi petunjuk untuk melalui kehidupan.
Sayangi diri dengan menjaga setiap pancaindera yang Allah anugerahkan digunakan di jalan kebenaran.
Sayangi diri dengan berusaha untuk memperbaiki diri di setiap level.
Sayangi diri dengan lebih empati kepada diri.
Mengeluarkan monolog dalaman yang positif.
Berfikir perkara-perkara yang positif dan kebenaran.
Sentiasa berusaha untuk mempelajari dan memaknai mesej yang besar di dalam Al-Qur'an.
Maka bagi setiap yang membaca artikel ini,
Ingatlah bahawa kamu insan istimewa ciptaan Allah dengan segala bentuk kelebihan dan kekurangan.
Berdamai dengan kekurangan yang ada serta berusaha untuk memperbaiki diri.
Namun, bergeraklah untuk transformasi diri kerana keberadaan kamu adalah berharga di
dunia ini.
Manfaatkanlah setiap detik untuk menyebarkan kebenaran dan kebaikan kerana Allah.
Kamu adalah unik kerana kamu adalah kamu.
Maka bersyukurlah kepada Allah atas penciptaan diri.
sarah azman