Bismillah
Teruskanlah bergerak memperbaiki diri kerana tiada istilah terlambat dalam proses membaiki diri.
Proses islah (perbaikan) bermula dari dalam diri seterusnya ke luar diri kita. Ia bermula dari perubahan sudut pandang terhadap sesuatu perkara, samada ia didasari ajaran Al-Qur’an atau sebaliknya. Pemikiran seseorang ditentukan dengan info/ maklumat yang diperolehi.
Maka, teruskanlah memperbaiki diri dengan menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk kehidupan.
Surah Al Baqarah: Ayat 2
ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ [البقرة: 2]
«Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan di dalamnya dan menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
Surah Al Baqarah: Ayat 185
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ [البقرة: 185]
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia siyam pada bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur»
Teruskanlah melakukan proses iqra (membaca) untuk memahami ayat-ayat Allah. Melakukan proses tadabbur, memaknai ayat-ayat Allah di dalam kehidupan kerana ia merupakan satu perintah di dalam Al-Qur’an.
Surah Al-Alaq: Ayat 1
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ
«Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)»
Surah Sad: Ayat 29
كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ مُبَٰرَكٞ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ [ص: 29]
«(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu yang penuh barakah untuk ditadaburi ayat-ayatnya bagi orang yang melakukan proses berfikir .
Teruskanlah untuk mendampingi Al-Qur’an sehingga akhir hayat kita.
Menjadikan Al-Qur’an sebagai pembeza antara hak dan bathil. InshaAllah, kita selamat di dunia dan di akhirat.
Teruskanlah menjadi pengkaji Al-Qur’an kerana ia merupakan kitab yang penuh hikmah dan sumber hikmah.
يسٓ [يس: 1]
«Yaa, Siin»وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡحَكِيمِ [يس: 2]
«Demi Al-Quran yang mengandungi hikmah
Teruskanlah memperuntukkan masa mempelajari Al-Qur’an kerana ia merupakan peringatan, petunjuk dan rahmat serta penyembuh bagi penyakit di dada.
Surah Yunus: Ayat 57
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَشِفَآءٞ لِّمَا فِي ٱلصُّدُورِ وَهُدٗى وَرَحۡمَةٞ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ [يونس: 57]
«Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman»
Teruskanlah berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran kerana ia merupakan seruan TuhanMu.
Surah Al-Asr: Ayat 1-3
وَٱلۡعَصۡرِ
«Demi Masa!»
إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ
«Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian»
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ [العصر: 1-3]
«Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar»
Teruskan menyebarkan kasih sayang dan mencontohi sifat Allah Ar Rahman dan Ar Rahim.
Menyebarkan kebaikan di dalam kehidupan.
Menyebarkan kebenaran di dalam kehidupan.
Surah Maryam: Ayat 96
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ سَيَجۡعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحۡمَٰنُ وُدّٗا [مريم: 96]
«.Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang»
Teruskanlah melakukan kebaikan dan amal soleh kerana Tuhanmu
Surah Al Maidah: Ayat 93
لَيۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ جُنَاحٞ فِيمَا طَعِمُوٓاْ إِذَا مَا ٱتَّقَواْ وَّءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ ثُمَّ ٱتَّقَواْ وَّءَامَنُواْ ثُمَّ ٱتَّقَواْ وَّأَحۡسَنُواْۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ [المائدة: 93]
«Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya»
Teruskanlah menjadi orang yang benar di dalam kata-kata kerana orang yang benar itu tinggi nilainya disisi Tuhan.
Surah At Taubah:Ayat 119
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّٰدِقِينَ [التوبة: 119]
«Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar»
Surah Al Ahzab: Ayat 70
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَقُولُواْ قَوۡلٗا سَدِيدٗا [الأحزاب: 70]
«Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)»
Teruskanlah bergerak melakukan amal soleh kerana Tuhanmu tidak pernah lalai dalam menghitung setiap amalanmu.
Setiap zarah kebaikan ada nilai disisi Tuhanmu.
Surah Al Zalzalah: Ayat 7-8
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ
«Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!»
وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ [الزلزلة: 7-8]
«Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!»
Teruskanlah memberi kerana Tuhanmu.
Kerana tangan yang memberi lebih baik dari menerima.
Memberi kasih sayang, memberi pertolongan, memberi perkongsian ilmu dan segala perkara yang memanfaatkan.
Peringatan untuk diri ini dan semua, Al-Qur’an menggerakkan manusia untuk melakukan transformasi dan perubahan.
Maka, teruskanlah melakukan perubahan kearah kebaikan dari satu hari ke hari yang lain walaupun nilainya sebesar zarah.
Untuk menyahut seruan Tuhanmu.
Maka, teruskanlah menyahut seruan Tuhanmu di dalam Al-Qur’an.
Teruskanlah untuk hidup membangunkan deen.
Hidup yang penuh signifikan dan bermakna.
Contohilah air sungai yang terus mengalir walaupun hujan dan rebut melanda.
Teruskanlah untuk menjadi orang yang benar di dalam kata-katanya, memperjuangkan kebenaran dan keadilan di dalam setiap kesempatan.
Teruskanlah belajar dari setiap kegagalan.
Kehidupan ini merupakan anugerah dari Tuhanmu.
Jadikan setiap kesempatan untuk kita terus memilih kebenaran dari kebatilan.
Memilih untuk memperbaiki diri .
Memilih untuk mempelajari dari setiap individu yang ditemui, peristiwa yang dihadirkan.
Memilih untuk menjadi hamba yang bersyukur dari kufur.
Maka, peringatan untuk diri ini dan semua saudara-saudaraku
Teruskanlah berbuat kerana Tuhanmu kerana ia merupakan tujuan tertinggi, menguatkan dan seharusnya menjadi motivasi yang tinggi untuk kita terus bergerak.
Berehat sebentar jika engkau lelah di dalam perjalanan. Namun, jangan berhenti kerana kehidupan ini akan terus berjalan walaupun engkau berhenti.
Diri yang sentiasa mempelajari,
Syafiqah