Bismillah

Ya Allah, ampunkan dosaku kerana sering lalai akan peringatan-peringatan Mu.

Aku memilih untuk mengikuti hawa nafsuku.

Memilih kesenangan sementara berbanding kesenangan yang kekal

Lalai, alpa untuk berinteraksi dengan ayat-ayat Mu.

Sedangkan, tiada apa yang Engkau cipta sia-sia.

 

Surah Al Imran: Ayat 191

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 

[ آل عمران:191-191]

191.  (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. [Al 'Imran:191]

 

Ya Allah, aku ingin memerhatikan setiap ciptaan Mu dengan pandangan mata hati untuk mengenalMu.

Ya Allah, ampunkan aku kerana kurang bersyukur terhadap segala nikmatMu.

Sedangkan Engkau memberi tidak terkira, tidak terhitung.

 

وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٞ رَّحِيمٞ  [ النحل:18-18]

18.  Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [An Nahl:18]

 

Namun, aku masih berkeluh-kesah, merasa ketidakcukupan.

Masih melihat apa yang tiada.

Memilih untuk membanding-bandingkan dengan yang lain.

Aku lupa akan peringatan dariMu.

 

Surah Ibrahim: Ayat 7

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ  [ إبراهيم:7-7]

7.  Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". [Ibrahim:7]

 

JanjiMu adalah benar.

Barangsiapa bersyukur akan ditambah nikmat.

Barangsiapa kufur azab Mu amat keras.

Ya Allah, ampunkan aku atas kealpaan ini.

Bermula saat ini, aku memilih menjadi hamba yang bersyukur atas setiap kondisi.

Memilih untuk menghargai setiap peristiwa-peristiwa yang dihadirkan.

Ampunkan Aku Ya Allah kerana memilih menjadi peribadi yang ego.

Tidak boleh ditegur.

Sering merasa lebih benar dari yang lain.

Sedangkan kebenaran itu dariMu.

Mengikut petunjukMu.

 

Surah Al Kahf: Ayat 29

وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَاۚ وَإِن يَسۡتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ بِمَآءٖ كَٱلۡمُهۡلِ يَشۡوِي ٱلۡوُجُوهَۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتۡ مُرۡتَفَقًا [الكهف: 29] 

«Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang»

 

Ampunkan aku Ya Allah kerana tidak memanfaatkan pancaindera yang dianugerahkan ke jalanMu.

Anugerah penglihatan, pendengaran tidak digunakan sepenuhnya untuk melakukan refleksi terhadap ayat-ayatMu.

Sedangkan setiap nikmat itu akan dipertanggungjawabkan.

Ampunkan Aku Ya Allah kerana tidak menggunakan potensi yang Engkau anugerahkan sebaik-baikNya. Tidak menjadi manusia terbaik pilihan Allah.

 

Surah Al-Tin: Ayat 4

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِيٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٖ [التين: 4] 

«Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)»

 

Kami adalah sebaik-baik kejadian ciptaan Allah atas kelebihan akal, pancaindera, perasaan, dan pelbagai nikmat tidak terhitung.

Aku sedar Ya Allah setiap anugerah ini perlu dimanfaatkan sebaik-baikNya.

Setiap kelebihan ini perlu digunakan untuk membangunkan deen.

Solusi atas setiap isu.

Ampunkan aku Ya Allah atas setiap kealpaan ini.

Aku syukur Ya Allah atas setiap nikmat dan anugerah.

Atas setiap ujian yang membawa aku mengenal diriku dan Mu.

Aku syukur Ya Allah atas setiap peristiwa-peristiwa yang Engkau hadirkan supaya diri ini sentiasa Kembali kepada Mu.

Aku mengerti Ya Allah setiap manusia berada di dalam kerugian kecuali yang melakukan empat perkara ini.

 

وَٱلۡعَصۡرِ   

«Demi Masa!»

 إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ   

«Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian»

 إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ [العصر: 1-3] 

«Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar»

 

Aku bersyukur Ya Allah atas setiap kesempatan masa untuk kembali kepadaMu dengan melakukan amal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Mulai saat ini, Aku akan lebih menghargai setiap kesempatan masa anugerah Mu.