Setiap dari kita mempunyai emosi dan perasaan.
Antara salah satu emosi adalah takut berhubung perkara yang akan datang serta kesedihan terhadap perkara yang lalu.
Ujian adalah lumrah kehidupan.
Jangan takut dan bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita.
Di mana sahaja kita berada
Surah Al Hadid: Ayat 4
هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيهَاۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ
4. Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Nilai iman itu lebih tinggi dari yang lain
Jangan takut dan sedih jika kamu orang-orang beriman
Kerana nilai kamu tinggi disisi Allah.
Maka, yang perlu kita perjuangkan adalah menjadi orang yang beriman
Dengan mengikuti sistem Allah yang ditunjukkan di dalam Al-Qur’an.
Surah Al Imran : Ayat 139
وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
139. Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang beriman.
Jangan takut dan sedih.
Jika mengikuti petunjuk Al-Qur’an.
Kerana janji Allah benar.
Barangsiapa yang mengikuti petunjuk Al-Qur’an tiada rasa takut dan sedih
Al-Baqarah: Ayat 38
قُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ مِنۡهَا جَمِيعٗاۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدٗى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
38. Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
Jangan takut dan bersedih jika kamu beriman
Kepada Allah, hari akhirat dan beramal soleh
Al-Baqarah: Ayat 62
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِِٔينَ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
62. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Jangan takut dan sedih jika menjadi orang
Yang menyerahkan diri kepada Allah
Dan Muhsin (sentiasa melakukan kebaikan)
Surah Al Baqarah: 112
بَلَىٰۚ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَلَهُۥٓ أَجۡرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
112. Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Jangan takut dan sedih
Jika kamu sentiasa berinfaq kerana Allah
Mengeluarkan harta di jalan Allah.
Surah Al Baqarah: 274
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
274. Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
Jangan merasa takut dan sedih
Jika kamu sentiasa berusaha melakukan islah (perbaikan)
Kerana Allah sentiasa melihat usahamu.
Surah Al An’am: Ayat 48
وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَۖ فَمَنۡ ءَامَنَ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
48. Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.
Jangan takut dan sedih jika kamu mernjadi orang bertaqwa
Dan sentiasa melakukan islah (perbaikan)
Surah Al-Araf : Ayat 35
يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ إِمَّا يَأۡتِيَنَّكُمۡ رُسُلٞ مِّنكُمۡ يَقُصُّونَ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتِي فَمَنِ ٱتَّقَىٰ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
35. Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Semoga kita kembali kepada Allah dengan kembali kepada Al-Qur’an.
Petunjuk di dalam kehidupan.
Solusi bagi setiap permasalahan.
Jangan takut dan bersedih kerana Allah setiasa ada dan Allah bersama-sama orang yang beriman dan bertaqwa.
Kita takut dan sedih kerana bersandar kepada sesuatu selain Allah serta jauh dari petunjuk Allah.
Fatin Nabihah