Pada suatu petang, seorang bakal ibu, disapa teman-teman yang gembira dengan berita bakal bertambahnya ahli keluarga.
“Untunglah, lepas ni ada yang boleh jaga dan hulur duit ketika usia lanjut.”
“Baguslah, bolehlah mula rancang impian apa yang ibu tak capai, biar anak yang realisasikan impian si ibu.”
Perspektif teman-temannya, ramai yang melihat anak sebagai aset yang perlu berkhidmat kepada orang tua. Kerana kewujudan si anak adalah untuk orang tua.
Tetapi, bakal ibu ini enggan. Dia tulus berniat membesarkan dan mendidik si anak selari panduan Tuhan. Dia ikhlas infaq masa, tenaga dan harta menumbuhkan si anak sebaik-baiknya tanpa mengharapkan balasan daripada anak. Dia mahu anaknya bebas daripada paksaan memenuhi kehendaknya sebaliknya dia hanya mahu anaknya mengabdi pada Robb. Kerana dia sangat percaya kepada Tuhan yang cukup untuk jaga dirinya, lalu sanggup serahkan yang paling dicintai,iaitu si anak, untuk perjuangan agama.
Pada situasi lain, seorang lelaki ditawarkan peluang pinjaman wang yang banyak untuk membeli rumah impian. Rumah yang selama ini dirasakan mustahil untuk dimiliki tiba-tiba dibuka jalan melalui hutang yang apabila dibahagikan bayaran secara bulanan, terlihat masih mampu untuk diberi komitmen. Betapa besar keinginannya untuk berkata “ya”, tetapi dia memilih berkata “tidak”. Dia pilih tahan diri daripada riba yang mengakibatkan jumlah hutang terlalu besar. Dia juga pilih tolak hutang tanpa riba tetapi masih mempunyai akibat sama iaitu jumlah hutang terlalu besar melalui harga baru rumah yang digandakan.
Realitinya, anak-anak dan harta adalah ujian dunia kebanyakan kita. Anak-anak suka dijadikan kebanggaan ibu bapa yang dibesarkan untuk memenuhi impian orang tua. Harta pula begitu dicintai lalu menjadi tujuan hidup kebanyakan manusia.
Dalam surah Ali-Imran, ada peribadi ibu yang melawan arus masyarakat kebanyakan. Dialah ibu Maryam a.s yang berniat menjadikan anaknya seorang yang bebas, tidak terikat berkhidmat untuk orang tua dan diberi peluang sebanyak-banyaknya untuk memahami wahyu, berkhidmat untuk perjuangan agama.
إِذۡ قَالَتِ ٱمۡرَأَتُ عِمۡرَٰنَ رَبِّ إِنِّي نَذَرۡتُ لَكَ مَا فِي بَطۡنِي مُحَرَّرٗا فَتَقَبَّلۡ مِنِّيٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٣٥ فَلَمَّا وَضَعَتۡهَا قَالَتۡ رَبِّ إِنِّي وَضَعۡتُهَآ أُنثَىٰ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا وَضَعَتۡ وَلَيۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰۖ وَإِنِّي سَمَّيۡتُهَا مَرۡيَمَ وَإِنِّيٓ أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ ٣٦
(Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk".
[Ali-‘Imran, 3 : 35-36]
Ada juga peribadi golongan sahabat pasukan pemanah yang berperang di medan Uhud. Tatkala harta rampasan perang mula direbutkan, segelintir pasukan pemanah kuat tahan diri daripada meninggalkan posisi perang kerana taat pada perintah pemimpin pasukan.
وَلَقَدۡ صَدَقَكُمُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُۥٓ إِذۡ تَحُسُّونَهُم بِإِذۡنِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَا فَشِلۡتُمۡ وَتَنَٰزَعۡتُمۡ فِي ٱلۡأَمۡرِ وَعَصَيۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَآ أَرَىٰكُم مَّا تُحِبُّونَۚ مِنكُم مَّن يُرِيدُ ٱلدُّنۡيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ ٱلدُّنۡيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ ٱلۡأٓخِرَةَۚ وَلَقَدۡ عَفَا عَنكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٥٢
Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan mendurhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan diantara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu, dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas orang orang yang beriman.
[Ali-‘Imran, 3 : 152]
Berpegang teguh pada prinsip kebenaran, itulah antara dua contoh teladan dalam surah Ali-‘Imran. Peribadi sebegini bukanlah sesuatu yang mudah dimiliki. Bagaimana kedua-dua teladan ini mampu bersabar menahan diri daripada ujian anak dan harta?
Mereka mengenali Robb yang menciptakan. Lalu, penuh percaya kepada Robb, mereka tetap berpegang teguh pada prinsip kebenaran meskipun digoda sistem kepercayaan berlawanan oleh masyarakat sekeliling.
Salah satu pedoman untuk menyuburkan peribadi seperti ini, ada pada rumusan akhir surah Ali-Imran.
إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ ١٩٠ ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ١٩١
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keaadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
[Ali-'Imran,3:190-191]
Seorang ibu yang ditakut-takutkan dengan ketidakupayaan hari tua, juga kemiskinan pada suatu waktu tidak berdaya, berisiko membesarkan anak semata-mata agar anak berupaya mendapat pekerjaan gaji lumayan. Niat ini dipacu akibat si ibu berniat tujuan anaknya dibesarkan hanyalah agar si anak boleh menyara hidup orang tua suatu hari kelak. Lalu, segala pendidikan dan kemahiran yang diberikan hanyalah yang penuhi misi “hidup senang”. Pendidikan agar anak mampu menjadi bakal ibu yang berkemahiran membangun rumahtangga atau bakal bapa yang pemurah kerana bertanggungjawab menyara hidup keluarga, diabaikan.
Sebaliknya, ibu yang kenal siapa Tuhannya tidak tertipu dengan ketakutan-ketakutan tidak wajar ini. Ibu yang belajar memahami wahyu dan peduli memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t di langit dan bumi boleh menyuburkan keyakinannya kepada Allah s.w.t sebagai Pemberi Rezeki. Tidak perlu takut akan rezeki. Teruskan mendidik dan membesarkan anak selari panduanNya agar setiap anak berperanan sebagai seorang hamba dan khalifah yang hidupnya untuk beriman, beramal soleh serta berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.
Dunia yang sarat perhiasan ini turut menggoda anak-anak Adam a.s untuk memiliki segala yang dicintai nafsu termasuklah harta.
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمََٔابِ ١٤
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). [Ali-'Imran:14]
Jiwa yang lemah pada akhirat, cenderung pilih kebahagiaan dunia dengan melupakan tanggungjawab dia diciptakan. Ganjaran akhirat tidak menarik minatnya. Akibatnya, hidup dilalui dengan membuat pilihan yang memenangkan hawa nafsu. Sanggup memberi atau menerima riba akibat kecintaan mendalam terhadap harta.
Sebaliknya, jiwa yang peduli suburkan keimanan melalui tadabbur wahyu dan tafakkur alam semesta menyuburkan keyakinan kepada Allah s.w.t. Saat jiwa mengimani Robb yang telah pun menyediakan syurga dan neraka, hati terisi dengan kekuatan taqwa yang mengemudi perbuatan. Lalu, hari-hari yang dilalui dijadikan peluang beramal agar diampuni Allah s.w.t dan terselamat daripada azab api neraka. Inilah peribadi Ulul Albab.
قُلۡ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيۡرٖ مِّن ذَٰلِكُمۡۖ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا وَأَزۡوَٰجٞ مُّطَهَّرَةٞ وَرِضۡوَٰنٞ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ ١٥ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ١٦ ٱلصَّٰبِرِينَ وَٱلصَّٰدِقِينَ وَٱلۡقَٰنِتِينَ وَٱلۡمُنفِقِينَ وَٱلۡمُسۡتَغۡفِرِينَ بِٱلۡأَسۡحَارِ ١٧
Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?". Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
(Yaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,"
(yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.
[Ali-‘Imran : 15-17]
Selain tadabbur Al-Qur’an yang memberikan kefahaman tentang siapa Allah s.w.t, usaha memikirkan kejadian-kejadian di alam semesta boleh menjentik rasa takjub seorang hamba akan kehebatan Allah s.w.t. Keyakinan yang semakin disuburkan inilah membuatkan jiwa rasa tunduk untuk ikut perintah Allah s.w.t dan jauhi laranganNya. Cara fikir masyarakat yang tidak berada atas landasan kebenaran tidak begitu mempengaruhinya sebaliknya apa yang datang daripada Allah s.w.t digenggam kuat-kuat.
Moga-moga kitalah golongan ulul albab itu yang sentiasa zikir ingat Allah dalam setiap keadaan. Doa mereka dimakbulkan doanya oleh Allah s.w.t.
فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّي لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٖ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰۖ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضٖۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِمۡ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَٰتَلُواْ وَقُتِلُواْ لَأُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَئَِّاتِهِمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ ثَوَابٗا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلثَّوَابِ ١٩٥
Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan, (kerana) sebagian kamu adalah keturunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik".
[Ali- 'Imran:195]