Bismillah
Merdekakanlah dirimu
Daripada kesyirikan kepada ketauhidan
Daripada kejahilan kepada Petunjuk Allah
Daripada kesesatan kepada keimanan
Surah Ibrahim: Ayat 1
الٓرۚ كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ
1. Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
Merdekakanlah dirimu
Dengan menjadi hamba Allah
Nescaya darjat Mu diangkat tinggi
سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلٗا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنۡ ءَايَٰتِنَآۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
1. Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dengan bebas dari pergantungan kepada makhluk
Namun bergantung kepada Allah
Allah sebaik-baik pelindung bagi orang yang beriman
Al Baqarah : Ayat 257
ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ
257. Allah Pelindung \ orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Merdekakanlah dirimu
Dengan mengikut Petunjuk Allah
Menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk di dalam kehidupan
Surah Al- Baqarah : Ayat 2
ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Nescaya hidupmu penuh keberkahan
Menjadikan Al-Qur’an sumber pedoman
Surah Al- An’am : Ayat 155
وَهَٰذَا كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ مُبَارَكٞ فَٱتَّبِعُوهُ وَٱتَّقُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
155. Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.
Merdekakanlah dirimu
Daripada hawa nafsumu
Uruslah ia mengikut petunjuk
Jangan jadikan hawa nafsu sebagai Tuhan
Surah Al- Jathiyah : Ayat 23
أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
23. Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan dan ia pula disesatkan kerana perbuatannya dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah ? Oleh itu, mengapa tidak mengambil pelajaran
Merdekakanlah dirimu
Dari mengharapkan penghargaan makhluk
Namun melakukan sesuatu
Kerana Tuhanmu.
Merdekakanlah dirimu
Dari bisikan-bisikan negatif
Yang membawa kepada kemudharatan
Namun ingan seruan Tuhanmu
Di dalam Al-Qur’an
Surah Al-Araf : Ayat 201
إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ إِذَا مَسَّهُمۡ طَٰٓئِفٞ مِّنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبۡصِرُونَ
201. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
Merdekakanlah dirimu
Dengan menerima dirimu
Segala kelebihan dan kekurangan
Kerana kamu manusia terbaik ciptaan Allah
Surah At Tin: Ayat 4
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِيٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٖ
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
Merdekakanlah dirimu
Dengan mempunyai jati diri
Serta prinsip diri
Serta tidak goyah
Dengan sogokan wang
Serta rasuah.
Al- Baqarah: Ayat 188
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
188. Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
Merdekakanlah dirimu
Dari segala perasaan mazmumah
Nescaya hidupmu aman dan tenteram
Ujian adalah lumrah kehidupan
Bagi setiap insan
Yang bezanya adalah bentuk ujian
Maka, mari kita sama-sama
Mendoakan untuk kebaikan semua.
Menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmat
Bersabar atas segala ujian
Merdekakanlah
Perasaan dari kecintaan yang sementara
Tautkanlah hati ini
Untuk mendapat cinta yang abadi
Pencipta yang tidak
Akan meninggalkan hambaNya
Merdekakanlah jiwamu
Yang sempit
Kepada jiwa yang luas
Jiwa yang melihat
Dengan mata kesyukuran
Atas setiap kesempitan dan ujian
Wahai sahabat
Selamat Hari Kemerdekaan yang Ke-65
Semoga kita merdeka dengan erti kata yang sebenar
Dengan kembali kepada diri Fitrah
Yang mengikut petunjuk Al-Qur’an