Antara tanggungjawab suami yang penting adalah menafkahi isteri. Nafkah dapat didefinisikan sebagai mengeluarkan menurut Muhammad al-Khatib a-Syarbaini di dalam Fikih Munakahat.
Kes-kes perceraian di Mahkamah Syariah banyak berpunca daripada kegagalan suami memberi nafkah. Antara faktor penyumbang adalah ketidakjelasan tentang konsep nafkah. Maka, kefahaman tentang nafkah ini perlu
Antara nafkah yang perlu diberi seorang suami kepada isteri adalah
- Makanan;
- Pakaian
- Tempat tinggal
Namun, faktor kemampuan suami akan menentukan kadar nafkah isteri. Allah berfirman di dalam Surah At Talaq: Ayat 7
لِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٖ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡيُنفِقۡ مِمَّآ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَاۚ سَيَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرٖ يُسۡرٗا
7. Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
Ayat di atas jelas menunjukkan perintah Allah untuk memberi nafkah mengikut kemampuan. Maka, sewajarnya individu tidak boleh membanding-bandingkan kadar nafkah yang diterima.
Ma shaa Allah, Islam agama yang memberi keamanan kepada seluruh umat. Maka, antara ajaran Al-Qur’an yang perlu diperhatikan adalah tanggungjawab di dalam rumah tangga. Pernikahan yang didasari dengan iman dan ketaqwaan akan melahirkan individu yang melaksanakan perintah dan tanggungjawab.
Antaranya, dengan menafkahi isteri adalah satu bentuk ketaatan dan amal soleh yang perlu diingatkan.
Maka, tanggungjawab isteri pula untuk menghormati suami. Maka, atas dasar kefahaman perintah Allah, akan melahirkan individu yang melaksanakan tanggungjawab terhadap peranan masing-masing.
Jika, kesemua pihak menjalankan tanggungjawab maka tidak timbul isu seorang isteri perlu ke Mahkamah Syariah untuk menuntut nafkah. Antara peruntukan undang-undang yang disediakan adalah, seorang isteri boleh menuntut tunggakan nafkah yang tidak disediakan oleh seorang suami.
Misalnya Seksyen 60. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
- Tertakluk kepada Hukum Syarak Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
Seksyen 61. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syarak supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tak upaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, dari mencari kehidupan oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.
Maka, jelas tanggungjawab memberi nafkah ini merupakan amanah yang besar. Lelaki yang qawwam akan melaksanakan segala tanggungjawab di dalam Al-Qur’an.
Maka, nafkahilah isterimu mengikut kemampuanmu.
Setiap nafkah yang diberi adalah tanda ketaatan kepada Allah.
Maka, bantulah setiap individu untuk melaksanakan tanggungjawab ini.
Pernikahan dipenuhi dengan tanggungjawab.
Antaranya, adalah peranan suami untuk menafkahi isteri. Peranan isteri untuk menghormati suami.
Kesedaran tentang kewajipan memberi nafkah ini perlu disebarluaskan supaya masyarakat terutama pihak suami jelas berhubung perkara ini.
Isu keculasan nafkah yang tidak diuruskan pada peringkat awal akan memberi kesan kepada sebuah institusi perkahwinan.Keharmonian rumah tangga akan terjejas jika salah seorang pihak tidak menjalankan tanggungjawab. Bagi mengelakkan perkara ini menjadi lebih mudharat, maka perlunya kedua-dua pihak berterus-terang tentang apa yang berlaku.