Bismillah.

Dengan nama-Mu, kami hidup. Merenung semula tujuan diri ini diciptakan di muka bumi.

Sudah pasti ia bukan sia-sia, namun ada tujuan tertinggi.

Adakah diri ini telah memenuhi tujuan tertinggi penciptaan?

Allah berfirman di dalam Surah Az-Zariyat : Ayat 56

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)

56.  Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepadaKu.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan mengabdikan diri kepada Allah?

Sejauh mana setiap perkara yang dilakukan bermula perkara kecil sehingga perkara besar dilakukan dalam rangka pengabdian kepada Allah?

Sejauh mana tujuan setiap perkara tu dimurnikan kerana Allah?

Setiap perkara dilakukan ikhlas kerana Allah?

MashaAllah, gelaran yang paling mulia seorang manusia disisi Allah adalah apabila dipanggil sebagai hamba Allah.

Rasul S.A.W diangkat ke langit di dalam peristiwa isra’ mikraj di gelar dengan panggilan hamba. Allah berfirman di dalam Surah Al-Isra : Ayat 1

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ (١)

1. Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 

Maka, wahai diri sejauh mana kamu bersyukur menjadi Hamba kepada Allah?

Bukannya hamba kepada manusia lain yang mempunyai sama darjat dengan dirimu?

Ayuh, kita memaknai gelaran hamba Allah dengan erti kata yang benar.

Setiap perkara yang dilakukan sudah pasti mengharapkan keredaan Allah?

Seterusnya, sebagai khalifah di muka bumi. Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 30

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠)

30.  Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

 

Peranan sebagai seorang khalifah yang memakmurkan bumi.

Dalam konteks yang luas, peranan kita untuk memakmurkan bumi di dalam kehidupan kita.

Setiap kita mempunyai peranan di dalam bidang masing-masing.

Menjalankan tanggungjawab terbaik di setiap lapangan dan peluang.

Maka, perlunya kita melakukan yang terbaik di dalam setiap peranan kita.

Supaya ia menjadi salah satu bukti pengabdian diri kepada Allah.

Maka, wahai sahabat dimana sahaja kita diposisikan lakukan yang terbaik ikhlas kerana Allah.

Pekerjaan yang kecil mempunyai nilai yang besar jika tujuan yang benar dan niat yang jelas.

Maka, jangan meremehkan setiap amalan yang kecil. Itulah peranan khalifah. Allah berfirman di dalam Surah Al-Zalzalah: Ayat 8-9

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)

7.  Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

8.  Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

 

Di sisi Allah, setiap perkara yang kecil ada nilainya.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Imran : Ayat 190-192

إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٠) ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١) رَبَّنَآ إِنَّكَ مَن تُدۡخِلِ ٱلنَّارَ فَقَدۡ أَخۡزَيۡتَهُ ۥ‌ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬ (١٩٢)

190.  Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

191.  (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

192.  Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

 

Di dalam setiap penciptaan Allah, tiada yang sia-sia. Maka, ambil pelajaran atas setiap penciptaan untuk kita optimumkan peranan kita.

Menjadi hamba Allah yang sentiasa mempelajari Al-Qur’an untuk mendapatkan petunjuk di dalam kehidupan.

Maka, perlunya setiap diri melakukan proses muhasabah setiap hari untuk memastikan kehidupannya berada di atas tujuan yang benar.

Hal ini kerana setiap makhluk ciptaan Allah diciptakan atas tujuan yang tertentu.

Maka, jika kita gagal memperhatikan diri kita, kita mungkin akan tertipu dengan bisikan syaitan dan hawa nafsu.

Manusia begitu lemah tanpa Allah dan tanpa Al-Qur’an.

Ayuh, kita bertaubat atas setiap kesilapan.

Memohon diberi kekuatan untuk mengikut kebenaran walau dimana sahaja.

Menjadi hamba Allah yang memfungsikan peranan di dunia.

Setiap kita akan dibangkitkan di hari akhirat dan dipertanggungjawabkan atas setiap pilihan di dunia. Adakah kita telah menyempurnakan tujuan kita dicipta.

Maka, mari sama-sama kita melakukan perenungan diri.

Sebenarnya, apakah tujuan kita dihidupkan di muka bumi? Apakah petunjuk yang Allah nyatakan di dalam Al-Qur’an berhubung tujuan penciptaan.

Adakah kita telah memahami tujuan penciptaan mengikut Al-Qur’an.

Jika ya, apa tindakan kita selepas itu?

Jika tidak, apa usaha kita untuk memahami petunjuk berhubung penciptaan.

Maka, wahai sahabat kita sebenarnya manusia terpilih dihidupkan di muka bumi ini.

Mari kita sama-sama memanfaatkan setiap detik kehidupan dengan ketaatan sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

Menyebarkan kebaikan dan kasih sayang di setiap kesempatan.

Menyebarkan kebenaran wahyu di setiap ruang dan peluang.

Mencintai kebenaran, hidup dengan kebenaran dan memperjuangkan kebenaran.

Wahai sahabat, dikau adalah sebaik-baik ciptaan Allah yang dianugerahkan nikmat paling tinggi dari Ar-Rahman yakni Al-Qur’an.